Manusia Ini Syaitan Bertopengkan Ustaz!!(

Assalamualaikum semua...hari nie aku nak celoteh sopan-sopan sikit ye..takmo hentam-hentam orang..ehhehe...Manusia mane nie syaitan yang bertopengkan ustaz??dunia akhir zaman beginilah. Di dunia akhir zaman ade golongan manusia yang menggunakan agama untuk menutup segala aib mereka dan untuk menjaga kepentingan diri semata-mata. Golongan ini juga menggunakan agama supaya mereka kelihatan hebat dan seolah-seolah maksum padahal maksum itu bukan diberikan kepada manusia.
sumber:http://kepalabergetar.blogspot.com

Drama Tahajjud cinta nie sangat hebat pada mata aku dan pelakon-pelakonnya sangat pandai menghayati watak mereka..walaupon tanpa dialog penyampaiannya sangat beremosi dan korang tau aku ikuti cerita nie semua episod selama 13 episod. Memang sangat beremosi sampai aku rasa nak bunuh je ustaz tu sebab zalim sangat. Lakonan Eman Manan sangat berkesan dan semua barisan pelakon sangat bagus lakonan mereka. tapi disebalik drama hebat nie aku sangat kagum dengan Eirma Fatima tonggak drama nie..

Sape Eirma Fatima??jom aku celoteh sikit latar belakang die..

Eirma Fatima
Fatimah Rahmad dilahirkan pada 14 Mac 1968, lebih dikenali dengan nama komersial Eirma Fatima dan kakak kepada Umie Aida dan Betty Rahmad. Beliau mula berkecimpung di dalam industry ini bermula sebagai pekerja konti. Memulakan langkah sebagai pelakon didalam filem Hantu Siang di bawah arahan A.R Badul. Memenangi Pelakon Pembantu Filem Terbaik di dalam filem Hati Bukan Kristal.
Banyak kejayaan beliau di dalam bidang pengarahan, antara yang terbaru ialah Tersasar Di Jalanmu yang telah memenangi beberapa anugerah di Anugerah Skrin 2009.Kini beliau aktif di dalam bidang pengarahan teater dan antara yang paling mendapat sambutan hebat ialah Natrah.


ni aku pinjam dari Pilih Kasih 2...hehehhee..

ni aku cari kat google blog maybe dr blog somebody tapi kecik sangat aku tak nampak.

Pasa pendapat aku wujud kehidupan begini walaupon pada mulanya drama ini telah dipertikaikan kerana tidak logik masih ada manusia yang hidup dengan cara begini. Aku sedih sampai mengalir air mata aku nie(nangis betul tau) sebab aku tacing giler tengok perempuan kena pukul. Watak Seri wanita yang malang tu buat aku rasa simpati tapi watak nie menggambarkan ketaatan seorang anak terhadap bapanya. Watak Citra buat aku kagum  wanita yang sangat hebat mempertahankan hak wanita.Walaupon orang yang teraniaya itu besar pahalanya tapi jangan biar diri kita ditindas macam tu.
Kezaliman itu adalah syurga buat orang yang teraniaya dan neraka bagi yang melakukan penganiayaan itu.
Begitulah roda kehidupan jika tiada kejahatan dan hanya kebaikan mestilah dunia nie tiada warna..betul tak??korang bayangkan kalau takde orang jahat takdelah polis..kalau takde lelaki jahat takde la lelaki yang baek..kalau takde perempuan yang jahat..takde la perempuan yang baek..malah korang terpikir tak istilah dan perkatan JAHAT dan BAIK wujud ke jika kehidupan kite hanya senada dan warna..Mesti kehidupan nie jadi suram sebab takde warna-warnanya..
 Jodoh...tak perlu mencari...teman secantik Balqis...andai diri tak sehebat Sulaiman.....mengapa mengarapkan teman.....setampan Yusuf...andai diri tak setulus Zulaikha....tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim...andai diri tak sekuat Siti Hajar....dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khatijah...kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.......

Kalau ingin jodoh yang baek kite yang perlu berubah jadi yang terbaek supaya Allah kirimkan jodoh yang terbak untuk kite. Ape yang penting kite perlu sentiasa berdoa dan solat istikharah bukan tunggu nak kawen baru buat yang mane yang dah matang dah boleh fikir mase depan perlu buat. Kalau jadi sebaliknya itu ujian dari Allah...hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebaliknya..harap celoteh aku beri manfaat kat korang semua..wasalam..

Panas Hati Aku!!Pehal Kau Copy Entry Aku Hah??


Assalamualaikum semua..sebenarnye nak tulis entry Edisi Panas Hati dari pagi lagi sebab jumpe manusia copycat nie pagi tadi..aku bukan la nak marah sangat tapi kau copy entry aku dengan gambar-gambar semua kau ambil dan paling tak boleh tahan tajuk pon sama kot cuma kau olah sikit je..aku tahu la entry aku tu agak ramai yang bace. Blog aku bukan blog berita atau gosip ke ape ke..ape yang kau nak copy??blog aku nie aku tulis ape yang aku nak tulis dan entry aku semua pendapat aku tentang ape yang jadi dalam kehidupan nie. Idea aku kau ambil macam tu je..kalau kau bagitau aku pon tak marah dan aku tak kisah..

Aku tak kisah sangat kalau entry aku tu tulis pasal berita-berita ke ape ke.. nie tak entry aku yang aku rase paling kreatif pernah aku buat. Aku hepy sangat ramai orang suke dan komen entry tu tapi aku sedey pagi tadi aku terjumpe blog kau dekat blog someone. Aku memang rapat dengan blogger tu dan aku selalu pergi ke blog die dan aku jarang nak tengok bloglist die..tapi pagi tadi hati aku tergerak nak tengok dan aku jumpe entry aku dalam blog kau. Aku sedih sangat ade orang macam kau..blog aku bukan power pon..traffic aku bukan riban-riban pon dan aku tak pernah copy entry orang lagi sejak aku blogging hampir setahun. Aku tak sangka entry rekaan macam tu pon kau nak ciplak..

Aku harap kau sedar kalau kau terbace entry nie dan aku maafkan kau. Aku harap kau tak buat macam nie lagi pada kawan-kawan blogger aku yang laen. Selalu aku dengar orang copy entry berita2 je sebab nak kejar SEO tapi blog aku nie SEO pon hampeh giler yang kau nak copy pehal?? Seo pon aku tak faham-faham..aku blogging sebab aku suke menulis je.. aku orang yang banyak cakap dan kalau takde orang nak cakap dengan aku,aku cakap dengan blog nie la..Dah la..penat aku celoteh lame-lame pasal nie...berubahlah..



STOP COPYCAT


"ak nak masuk dalam cheese+cheese yui"

Assalammualaikum..

korang nak join klik header tu ye..
wasalam..

Gambar Aneh Yang Mengejutkan!!!

Assalammualaikum semua..entry nie tak nak celoteh panjang-panjang sebab bukan nak celoteh tapi nak tunjuk gambar yang aneh kat korang..jom kite tengok kat bawah nie..







Aneh kan??ade yang pelik..ade yang menakutkan...nanti aku tunjuk lagi ye gambar yang aneh-aneh..
wasalam..

PANAS-KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN TUDUNG DI IPTA&IPTS TERMASUK SEKOLAH!!!

Assalamualaikum semua...celoteh aku hari ini nak menyampaikan berita yang baru saje diterima sebentar tadi..berita tergempar ini menjadi kerisauan kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah terutamanya..


Berita Terkini:-
Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian..



Antara jenis-jenis tudung yang terdapat di Malaysia....


tudung bawal

tudung tin

tudung salji

tudung periuk

Mengapa diharamkan??hal ini disebabkan murid-murid sekolah terutamanya yang baru sahaja lepas menduduki UPSR dan PMR yang terlalu asyik maen permainan tudung tin yang kalau maennye sampai terbaring-baring..termeniarap..tertido...terduduk..tergolek-golek...terkinja-kinja dan segala TER yang berkemungkinan terjadi apabila bermain permainan ini.



Gambar di atas menunjukkan gaya ketika sedang bermain tudung tin...keadaan sangat membimbangkan terutamanya kepada pemilik-pemilik gerai dan kedai makan kerana botol-botol minuman mereka bakal kehilangan tudung. Individu yang bermain permainan ini dipercayi seolah-olah dirasuk(aku tipu jer) kerana sekali mencuba mereka pasti tidak jemu bermain permainan ini. Kadang-kala juga berlaku pergaduhan besar di kalangan mereka kerana mereka bersaing untuk memenangi permainan ini. Mereka sanggup bersusah payah untuk mendapatkan jumlah tudung tin yang banyak dan sanggup walaupon terpaksa memungutnya di tepi jalan.
*tudung tin yg dikumpul

Opss!!jangan marah ye..celoteh entry ini hanyalah gurauan semata-mata..hehehe...sebab adik aku pon baru lepas UPSR punye la sibuk maen tudung tin. Kalau maen tu sampai guling-guling dan tergolek sana sini..hehehe..ni permainan yang selalunya budak laki la suke kan??perempuan macam aku dulu jaguh batu seremban...jaguh tu..ehehhehe..

*permainan batu seremban

Bila ingat balik zaman kanak-kanak bestnye maen macam-macam..semua aku hetam..heheeh...dah la ganas bukan maen..aku maen betul dan bukan maen-maen..hehehe..sampai sini je celoteh kontroversi yg tak berape kontroversi nie...wasalam..

gambar=perhargaan pada pak cik google yg berhemah..


Likes Page mairaqueen.com

Spontaneous Thursday- Masalah

 Assalamualaikum semua..SP for today ialah mengenai masalah....
Sesuatu masalah akan bertambah rumit jika anda memikirkan masalah tersebut

Masalah akan menjadi mudah jika anda memikirkan jalan penyelesaian dan bukan memikirkan masalah yang anda hadapi kerana sesuatu lebih besar jika kita fokus kepadanya..Jika anda fokus kepada masalah,masalah akan menjadi besar tapi jika anda fokus kepada penyelesaiannya masalah akan menjadi kecil ..
Renung-renungkan dan selamat beramal..ehheheh ..Wasalam..


Aku Tak Puas Hati Tau!! Ingat Aku Nak Kau Sangat??


Assalammualaikum semua...aku tak puas hati tau..sangat-sangat tak puas hati..aku nie asyik hentam orang je kan??suke hati la blog aku..Jom bace celoteh aku..aku sangat tak puas hati tau!!
*sekadar hiasan sebab comel je aku letak walaupon tak sesuai dengan entry..

Sebenarnya aku bukan tak puas hati tapi aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan..namun lelaki ke perempuan ke..semua ade keistimewaan masing2..aku nak celoteh pasal bagaimana Allah sayangkan perempuan..jom bace kat bawah nie..nie pon aku jumpe just share kat semua...

 SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini


Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi


Wahai sahabat..wahai rakan..wahai lelaki..wahai perempuan..renung-renungkanlah ye..
aku sekadar ingin berkongsi saje..korang pon boleh pikir sendiri..
Semoga kita sentiasa diredhai Allah

panjang kot entry nie...huhu..wasalam..


Likes Page mairaqueen.com